iHeal Clinic

Jangan Abaikan Tanda Kencing Manis Ini: Periksa Segera Bacaan Gula Normal Anda!

Isi Kandungan

Pernahkah anda mengalami rasa dahaga yang melampau, sentiasa rasa lapar dan asyik nak makan, kerap ke tandas untuk membuang air kecil atau perasan luka anda mengambil masa lebih lama untuk sembuh berbanding biasa? Jika ya, anda kena berhati-hati sebab ini mungkin petanda awal tanda kencing manis (diabetes).

Kebanyakan orang tidak ambil berat tentang gejala ini sebab nampak macam perkara biasa.

Sehinggalah penyakit kencing manis itu sudah menjadi kronik yang buatkan mereka hendak ke klinik atau hospital, baru sedar yang mereka sebenarnya ada penyakit kencing manis.

Apakah contoh situasi penyakit kencing manis yang tahap kronik tu?

Ada dinyatakan dibawah ini.

 

Komplikasi Kencing Manis

Apabila pesakit diabetes melengahkan diagnosis atau rawatan, mereka cenderung untuk datang ke klinik dengan simptom yang lebih kronik atau komplikasi diabetes seperti:

  • Penglihatan sudah mula kabur
  • Mula hilang deria rasa sentuhan pada kaki menyebabkan tak perasan atau tak rasa ada luka pada kaki
  • Luka lambat sembuh dan kulit kaki mula menjadi hitam
  • Badan cepat rasa penat

 

tanda-kencing-manis

Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Kan lebih bagus kalau kita dapat kenalpasti lebih awal penyakit kencing manis ni?

Untuk itu, kita kena faham beberapa fakta berkaitan diabetes di Malaysia seperti dibawah ni.

statistik-kencing-manis-malaysia
Sumber: moh.gov.my

 

“Berdasarkan statistik diatas, pada 2019 terdapat 1,892,515 individu yang mempunyai kencing manis tapi tidak di diagnose”

Ditambah lagi dengan budaya pemakanan rakyat Malaysia yang kita sedia maklum, iaitu tinggi dengan kandungan gula dan makanan manis.

Jadi, tidak hairanlah ramai di antara kita yang mungkin menghidap diabetes tetapi masih belum disahkan pada peringkat awal. Sehinggalah berlakunya komplikasi yang teruk barulah mereka ini didapati menghidapi penyakit kencing manis.

 

kencing-manis-kkm

Oleh sebab itu, adalah lebih baik jika kita dapat memeriksa bacaan gula dalam darah secara berkala, walaupun belum menunjukkan sebarang gejala. Ini adalah langkah proaktif yang sangat penting, terutamanya bagi mereka yang sudah ada gejala kencing manis awal.

 

5 Tanda Kencing Manis

Sebelum kita mendalami bacaan gula normal, mari kita kenali antara tanda-tanda kencing manis utama yang nampak normal dan selalu diabaikan:

 

#1 Rasa dahaga yang melampau (Polydypsia)

Polidipsia atau rasa haus yang berlebihan, iaitu keinginan luar biasa untuk sentiasa minum.

Keadaan ini selalunya datang sekali dengan masalah mulut kering.

Ini adalah tindak balas badan terhadap kehilangan cecair akibat paras gula yang tinggi.

 

#2 Kerap pergi tandas untuk buang air kecil (Polyuria)

Kerap buang air kecil adalah simptom biasa bagi diabetes.

Apabila badan tidak dapat menggunakan insulin untuk memecahkan gula dalam darah, badan kita akan akan cuba singkirkan gula berlebihan ini melalui air kencing.

Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan kuantiti air kencing yang banyak, atau disebut poliuria.

 

#3 Penurunan berat badan yang ketara

Seperti mana kita tahu gula adalah sumber tenaga untuk badan kita.

Susulan daripada kegagalan insulin untuk proses gula dalam darah bagi pesakit diabetes, maka badan kita akan mula pecahkan simpanan lemak dan protein untuk dapatkan tenaga alternatif.

Seterusnya ini akan jadikan berat badan menurun dengan ketara.

 

#4 Penglihatan sudah mula kabur

Tahukah anda, gula dalam darah yang tinggi boleh rosakkan saluran darah halus dalam mata kita?

Lama-kelamaan, saluran darah yang rosak di bahagian mata ini akan cuba untuk hasilkan saluran darah baru.

Tapi kadangkala saluran darah baru itu rapuh.

Saluran darah baru inilah yang bahaya, sebab ia boleh bocor, menyebabkan pendarahan atau bengkak pada lapisan mata. Bila ini berlaku, pandangan mata kita akan jadi kabur.

 

#5 Rasa kebas atau hilang deria rasa sentuhan (Neuropati Diabetik)

Selain boleh merosakkan saluran darah, gula dalam darah yang tinggi juga boleh merosakkan saraf-saraf kecil dalam badan, terutamanya di bahagian kaki dan tangan.

Paling bahaya apabila kita tidak sedar ada luka kecil pada kaki disebabkan kehilangan deria rasa. Luka tersebut boleh membesar dan dijangkiti tanpa disedari, yang boleh membawa kepada luka kencing manis yang sangat serius.

 

Bacaan Gula Normal Dalam Darah: Ujian Saringan Awal Diabetes

Setelah mengetahui beberapa gejala kencing manis, salah satu ujian paling asas yang boleh anda lakukan untuk memastikan sama ada anda berkemungkinan menghidap diabetes adalah dengan memeriksa bacaan gula dalam darah.

Bacaan gula normal dalam darah menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah seperti berikut:

  • Paras Gula Puasa (Fasting Venous Plasma Glucose): Perlu di bawah 7.0 mmol/L (sebelum makan/minum selama 8 jam).
  • Paras Gula Rawak (Random Venous Plasma Glucose): Perlu di bawah 11.1 mmol/L (tidak mengira waktu makan).

 

 

Fasting

Random

Venous plasma glucose

≥7.0 mmol/L

≥11.1 mmol/L

 

Jika bacaan gula anda melebihi paras ini dan anda juga mempunyai tanda kencing manis yang disebut di atas, ada kemungkinan besar anda menghidap penyakit diabetes.

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ini hanyalah ujian saringan awal.

Untuk diagnosis yang lebih tepat, terdapat beberapa ujian lain yang mungkin perlu dibuat seperti pemeriksaan paras HbA1c dalam darah, yang memberikan gambaran purata paras gula darah anda selama 3 bulan.

Namun, yang paling penting, dengan ujian gula dalam darah ini, kita dapat mengenal pasti penyakit kencing manis pada peringkat awal.

Sekiranya anda mengesyaki menghidapi penyakit kencing manis atau ingin memeriksa keadaan kulit serta saluran darah pada kaki anda, silalah dapatkan pemeriksaan kesihatan segera di iHeal Clinic dimana kami memang fokus pada perkhidmatan pengurusan diabetes dan rawatan luka kencing manis yang komprehensif.

Hubungi kami untuk temujanji anda hari ini dengan KLIK DISINI.

Bantu kami sebarkan manfaat dengan kongsikan artikel ini: